Friday, March 18, 2011

Please be Alert...

Nie email yg aku copy from PDF.. sent by one of my friend..

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL )kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya dan dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.
Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM bertindak pantas dengan melaporkan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia apabila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah dipintas dan ditutup. Ini adalah merupakan cubaan kali ketiga untuk menipu pembayar cukai.
Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel
callcentre@hasil.gov.my.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

HAKMILIK Fazila Shuhaimi
Designed by UMIESUEstudio 2014