Wednesday, March 30, 2011

Something to share..

Aku dapat from one of my friends.. bagus utk kita hayati...


Salam Semua, Untuk renungan......"Petikan dari Majalah Solusi"


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini, kata seorang kakak berterus-terang. Mengapa? balas saya. Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja. Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.


Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, kakak punya berapa orang anak? Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. Oh ramai encik Bagaimana dengan anak-anak kakak? Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


Kakak, boleh saya bertanya? Tanyalah encik ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih? Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih? Dengan cepat kakak itu menjawab, hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga! Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran kata saya perlahan. Hampir berbisik. Maksud encik? Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi. Tidak pernah saya terfikir begitu encik Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita.


Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu? Maksud kakak? Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga.


Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik? Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi.


Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.


Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita? Kakak itu tersenyum dan berkata, tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya. Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita? Pasti ada! Insya-Allah.


Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.


Subhanallah! Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.


Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini. Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan? tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan. Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya.


Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya! Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat. Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.


Maksud encik? Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan. Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!


Giliran saya pula tersenyum. Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura! terang saya panjang lebar.


Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni? Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah.


God is our ceo, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan


Maksud encik? Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.


Kenapa?

Kita akan sakit jiwa!

Kenapa?

Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur, balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


Tetapi Allah tidak berhenti memberi kata kakak itu perlahan. Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih? Ah, kita terlalu ego… Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa diperingatkan semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan orang ikhlas tertindas?

Special Day...


Harini birthday husband aku.. huhu..





HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

HAPPY BIRTHDAY TO DADDY..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..







Happy birthday D.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..


Muah..muah.. muah... Luv u..


Tuesday, March 29, 2011

Congrats..

Pagi nie mcm biasa... lepak bfast ramai2 .. tetiba kak eda masuk.. muka senyum lebar.. tanya dia naper.. pastu dia cakap... " akak MENANGGG teka bunyik kat eraaaaaaaaa..." ..



kitaorang tanyalar braper... " RM17,900...".. waaaaahhhhhh.... giler byk...


dia kata mcm terawang2... tapi yg klakar nya.. kitoarang pun sekali tolong feelkan dpat duit tu.. siap berangan kalau dapat duit tu nak buat per.. hahah... padahal tak ader kena mengena pun.. semua tolong berangankan.. ahhahah.. tolong berangan jerlar.. duit tak dapek do...


Tapi memang bertuah badanlar.. rezeki.. rezeki.. aper2 pun.. congrats kak eda.. Petang nie.. reza n adi cal.. tanya dia aper dia nak buat dgn duit tu..


Esok orang Pak Nil nak interview dia pagi.. so blehlar dgrkan yer.. glamour kawan aku.. anyway.. kak eda... good luck utk esok tau... and.....


Monday, March 28, 2011

Bukak Account..

Hari nie pegi bukak akaun kat KL Main bawah nie... tapi memang menguji kesabaran aku tullar.. aku bukak akaun dari kul 12.30 tgh hari sampai kul 3 ptg baru siap.. dia ingat aku tak ader keja lain ker.. tapi abang tu memang "lembsss".. tahap siputlar.. aku rasa dia entertain customer aderlar 2-3 orang jer sehari.. memang tak productive langsung..



tapi aku nak marah pun memang tak blehlar.. sebab aku pun staff.. so cakap baik2lar.. sebab dah lama sgt.. aku pegi kaunter.. tanya.. "lama lagi ker bang?".. ko tau aper dia cakap.. "byk document nak kena print.." wah sedap jer dia jawab.. nasib baik dia print.. kalau tulis tangan.. aku rasa sampai esok pun tak abis lagi.. sedap jer aku kutuk.. tapi ko agak2lar jugakkan.. 2jam setengah baru siap bukak akaun.. jenuh aku tunggu kat KL main tu..



pastu aku ingat tadi nak tukar kad (ada hati lagi tu).. tapi tak jadilar.. kang sampai balik aku duduk kat situ.. baru kad aku siap.. eheh...

Friday, March 25, 2011

Victoria Secret...

Hmm.. post kali nie lebih pada post nak promote.. ahahaa.. aku bagitau siang2..


Khamis lepas stock vs aku baru sampai.. aku sebenarnya jual Victoria Secret.. share dgn kawan2 aku.. Na, farah and kak eda... so parcel yg ke-6 kitaorang order baru sampai semalam... order terus dari US tau( ayat giler berlagak).. huhu


Nie gambar stock VS tu... tgk2.. ader tak yg berkenan... kalau ader bagitau aku eh.. ehehe...





Slalu orang cakap pasal VS mesti orang ingat lingerie... tapi aku tak jual lingerie.. aku jual body mist... body lotion... body wash.. hand and body cream.. (braper byk body da...ehehe..) EDT.. mcm2 lagilar.. harga dia.. kalau korang beli 1 = RM50... kalau beli 2 aku jual RM90. .so satu botol RM45 lar.. kalau beli dua lar.. so anda digalakkan utk membeli 2 botol.. bleh campur..


So, ader yg berkenan??????? heheh....

Makan dan makan..

Hmm.. minggu nie penuh dgn Makan2.. hari rabu kak rab belanja makan Pappa John.. aku tak tau sebab per kak rab blanja makan.. haahlar.. terlupa nak tanya sebab per dia belanja makan.. serius aku tak tau.. aku tau makan jer.. ehehe...

Petang tu plak kak ton belanja minum petang.. nie sebab anak dia si herry dapat straight A dalam SPM... giler teror... cayalar herry.. kak ton senyum sampai telinga... saper tak bangga weib kalau anak lulus cermerlang.... aku plak yg terharu... huhu...

tapi nak citer skit.. sebelum nak dapat result hari tu.. aku cal kak ton.. dia cakap.. " aku dah tak tentu arah dah nie.. dah byk kali pegi balik toilet.. si herry nie tak telipon2 aku.. aku nie nak buat graf pun tak tau nak tekan yg mana dah.."ahahahh.. aku cakap.. tak payahlar kak ton buat keja arini.. kang naik plak graf NPL kang..

sekali anak dia cal.. dlm kul 10 lebih kot.. dia ingat anak dia dah kat sekolah nak ambik result.. sekali anak dia cal.. tanya mcm maner nak guna smart tag.. ahhaha.. anak dia baru sampai tol nilai.. ehehe.. emak sikit punya excited... sabar kak ton.. sabar..

Pukul 2 lebih mcm tular baru anak dia cal bagitau result.. Dapat semua A.. barular senang hati kak ton.. so aper lagi... terus order kat suria.. buat makan2 petang tu jugak.. eheh.. tapi minum petang nie baru makan ringan tau.. ader lagi lepas tu.. nie aku bagi dulu picture masa minum petang hari rabu tu..

Nielar kak ton.. mak si herry... kemain lagi peace... happy anak dapat good result... eheh...

Ader meehun goreng, n.lemak.. teh tarik.. bubur kacang.. sodap2...

Semua maintain ambik gambar.. dari tepi kiri.. Nahar, kak Niza, kak Yan, Kak Nana and Mak si Herry...

yg peace tu Dzu, sebelah dia tu.. Ramzi.. n tak pandang kamera tu.. Amad( aku jer panggil dia Amad.. orang lain panggil Haris)...

Nie ex-bos aku.. tapi still panggil bos.. dapat jugak aku snap gambar dia.. kalau nak tau.. mamat nie memang susah giler nak ambik gambar.. nampak mcm serius.. tapi loyar buruk bleh tahan.. ader jer dia nak kelentong.. tapi next week dia dah nak retire dah... anyway.. Good Luck Bos.. bila tanya nak buat per lepas nie.. tau dia jawab per.. " aku nak bawak teksi (sambil buat gaya tukar gear)".. tular kalau dah dasar loyar buruk tu loyar buruk jugak... buang karan jer aku tanya..

Sekali lagi, hari nie Lunch kak ton belanja makan Domino's.. cayalar kak ton.. aku tak ambik gambar plak.. terlupa.. sebab dok syok gelak jer.. tapi memang byklar kak ton order...

dah abis citer dah.. tapi nak selit cerita nie skit...aktiviti wajib geng aku lepas makan...

Semua dah mcm pokok tumbang lepas makan.. mana tak sihat2 masing2.. ahaha.. yg baju pink tu dia control jer tu.. slalu dia yg dulu landing.. ahaha... tapi ko tgk mata dia.. dah kuyu dah tu.. ehehe..

Anyway.. Thanks kak ton n Kak Rab sebab blanja minggu nie.. semoga tuhan murahkan rezeki kalian... amin..

Wednesday, March 23, 2011

Halal ker tak??

Pagi tadi ibu cal aku.. suruh aku tgkkan halal ker tak vitamin yg slalu dia beli.. brand Blackmores and Seven Seas..
Sebagai anak yg patuh(cewah... padahal ibu dah suruh byk kali dah.. tapi aku lupa.. dah kena jerit baru nak pegi bukak.. ehehe).. aku pun pegilar bukak internet.. search utk halal products..
so nie aku punya find out.. aku share dgn korang k aper yg aku jumpa...

Soalan nie aku jumpa dlm JAKIM.. aku pastekan jerlar.. korang baca... x bleh nak print screen.. sebab musababnya aku tak sure kenaper tak bleh print screen.. so aku gigih lar pastekan utk korang baca..

Soalan:

Saya ingin bertanya mengenai status halal produk-produk kesihatan seperti vitamin yang dijual di farmasi-farmasi Guardian dan lain-lain. Adakah produk-produk kesihatan berjenama seperti Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century mendapat kelulusan Halal dari JAKIM?

Beberapa jenis ubat yang dijual menyatakan yang kapsul yang digunakan adalah dari sumber gelatin lembu (bovine gelatine) terutamanya pada produk minyak ikan. Adakah ubat-ubatan ini halal?

Jawapan:
Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

Tapi nie lain plak yg aku jumpa dlm website blackmores nie sendiri.. entah bila2 lar dia dapat halal aku tak sure...

Nie link dia..
http://www.blackmores.com.my/Advice/Faq.aspx

Question:
Is the bovine gelatine used in Blackmores supplements derived from halal source?


Answer:
Blackmores’ products encapsulated with bovine gelatine are certified halal by The Australian Federation of Islamic Council (AFIC), which is recognised by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tapi so far, tak ader plak JAKIM bagitau ape2 yg halal dari brand2 import nie..

Bila dah bukak website JAKIM nie.. mcm2lar aku godek kat dlm tu.. so aku jumpa nie...

Tarikh Aduan :27/04/2009 - 00:53:42

Aduan :
adakah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?


Jawapan :
Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih



Tarikh Aduan :14/04/2009 - 15:49:50

Aduan :

AssalamualaikumSaya nak bertanya, adakah "JOHNNY�S RESTAURANT" disahkan HALAL 100% oleh Jakim, baik makanan dan juga minumanya.Ini kerana saya telah menyemak statusnya disini namun rekod tidak ditemui, malah saya pernah nampak restoran ini memaparkan status HALAL, jadi adakah sijil HALAL telah luput ataupun memang mereka tidak pernah memohon sijil HALAL.Rata-rata pengujung adalah Masyarakat Islam, dan jika ada logo HALAL walhal tidak HALAL maka ini telah dianggap menipu serta tidak sensitif terhadap masyarakat ISLAM.Sekian, terima kasih

Jawapan :

Waalaikumsalam.. Terima kasih kerana bertanya. Johhny's rest tidak pernah memohon halal dari JAKIM/HDC. Ternyata sijil halal yg dikeluarkan adalah datang dari badan islam yg kita tidak pernah iktiraf.Harap pengguna Islam tidak terpedaya dengan logo Halal restoran tersebut. Sekian Terima Kasih


Mesti korang dah cuak dah kan? takper2 korang baca nie.. aku bagi korang happy skit.. hehe..


Tarikh Aduan :26/04/2009 - 13:21:12

Aduan :

Assalamualaikum. just nak bertanya. di sinio ada kekeliruan dalam jawapan daripada aduan pengguna dalam web tuan. saya telah terbaca 1 aduan mengenai status sijil halal Starbuck.ada jawapan di page yg lain, jawapan nya telah mendapat sijil halal jakim, tapi bila terbaca page yg lain plak, kata dah dapat sijil pengesahan.yang mana 1 yang betul?tolong update untuk saya, kerana sekarang ni saya tengah membuat senarai semak tuk di edar pada muslimin2 lain.

Jawapan :
Waalaikumsalam.. unutuk sijil halal Starbuck, mereka telah memperoleh sijil halal dr HDC. Sila rujuk pada direktori halal (hdcgolbal.com)untuk pengesahan dgn lebih lanjut.


So aper lagi.. lepas nie blehlar hari2 'setabak' .. huhu..bankrup...

bila dah bukak website niekan.. macam2 lar jumpa kat dlm website tu.. so, aku suggest korang blehlar pegi kat website nie kalau korang rasa was2 nak pakai aper2 product... www.halal.com.my

Monday, March 21, 2011

Weekend activities...

Weekend lepas adalah weekend yg penuh dgn aktiviti.. kita mulakan dgn Saturday morning...

Pagi tu breakfast kat sini..


location dia kat platinum walk.. saper orang setapak or wangsa maju taular platinum walk... depan uptown...

dulu kedai lot nie belongs to Island Red Cafe.. pastu tak tau aper jadik kat IRC nie.. terus tutup.. so baru wujudnya hayaki nie.. (tetiba citer sejarah kedai nie..ahhahah).. yg bestnya tempat nie.. dia bukak 24 jam.. kat luar kedai tu ader pokok sakura.. alar2 jepun.. tapi menu dia alar kelantanist.. pinggan mangkuk semua mcm jepun.. tapi menu, ader nasi kerabu, nasi dagang, pendek kata menu pantai timurlar.. susah sgt nak describe..

Naim makan Nasi lemak, aku makan nasi ayam.. sedap jugak kat sini.. bleh rekemenlar.. mcm mak mertua aku slalu cakap " buleh kirolar".. ehehe..

balik jer dari breakfast tu terus pegi carrefour.. sebab Naim nak pegi tukar hp.. dia beli Wave II.. cun giler.. aku terus rasa mcm nak tukar dgn aku punya jer.. ahaha..

aku kenen2 dgn naim nak tukar.. tapi.. tak dapek do!!!...

Memang smart gilerlar hp nie... terus jatuh hati...

Balik dari carrefour tu.. rasa boring plak.. tak tau nak buat per.. mcm nak pegi carik baju oren utk birthday firaz..tapi mcm malas..

Di sebabkan Naim dlm mood yg baik selepas beli hp.. so aku mencadangkan pegi rumah ajie kat Tanjung Malim... bila Naim bagi green light jer.. terus balik siap2 n terus pegi.. On d way pegi tu hujan tak berenti... aku tak sempat nak ambik gambar pegi sana.. sebab sibuk dukung firaz... Sampai umah ajie lebih kurang 3 lebih.. so sedang elok..

Baik sungguh kawan aku sorang nie.. siap masak wei.. ingat nak singgah kat R&R rawang beli KFC... sebab malas nak susahkan dia.. aku pun decide nak datang last minute.. mestilar dia tak sempat nak siapkan paper.. tapi bila cal, dia kata tak payah.. lauk banyak.. so aku belikan dunkin donuts jer..

Pandai kawan aku masak... iyerlar dah jadi bini orang.. mestilar pandai.. aku sampai2 jer.. tgk semua dah siap hidang dah.. Ayam masak kicap... Ikan baung masak asam... sayur kacang panjang.. ader ulam timun n salad.. air oren... sodap wei.. bertambah2 aku makan..

Korang ingat sampai situ jer.. lepas makan nasik.. kluarkan plak kek coklat cheese... keledek manis.. keropok.. Air teh o plak tau.. gilerlar kawan aku nie.. perli aku ker aper ker.. aku tak tau.. yg penting aku kenyang.. ahaha.. thanks a lot jie.. lain kali aku datang buat mcm tu lagi eh.. ahah..

Balik dari umah ajie tu dlm kul 5 lebih.. singgah kat Yik Mun pau.. ingat nak beli byk.. tapi cari mesin ATM kat situ tak jumpa2.. ader Rm50 hengget jer dlm purse.. so blehlar beli skit jer.. tuk MIL aku...

Sampai umah tu terus pegi umah MIL aku.. sebab atuk n nenek nak main dgn firaz... sampai KL balik dlm kul 6 mcm tular.. tak sampai sejam pun Tanjung Malim - KL...

MIL aku ajak pegi Carrefour plak.. nak pegi carik baju oren.. so aper lagi.. pegi sekali lagi ke Carrefour...

Nie masa tgh pilih2 baju kat nagoya kalau tak silap.. ker kamdar.. aku memang conpius skit nagoya n kamdar.. tapi tujuan kat sini bukan utk carik baju oren.. nak tgk2 kain ela.. tersasar skit dari tujuan asal.. huhu... pastu baru jalan2 carik baju oren... nasib baik jumpa...

So, bila dah lapar.. sebab malam tak makan lagi (padahal dah makan byk dah kat umah ajie).. still lapar lagi.. makan kat sini.. Jom Bali..




Order kuew tiew latna.. kongsi dgn firaz (cover line).. ahahah...

balik tu terus tido.. bagus2.. amalam yg "sihat"....


Sunday...

Nie muka budak yg dah boring nak kluar umah. kaki kat luar sambil makan biskut.. tunjuk perasaanlar tu orang tak bawak kluar jalan2..


Thari baru kluar pegi umah nenek.. sebab umah dah macam tongkang pecah dah.. siap kemas baru pegi jalan2....

Petang tu mula2 tak ader plan paper sebab malam nak pegi main badminton.. tapi sebab tak tau dah nak buat per..pastu hujan jer.. balik2 tido2.. balik2 tido.. lama2 badan pun 'sihat'.. so Acu ajak pegi main bowling.. pegilar main bowling kat Wangsa Walk Mall..


Nie masa tunggu turn nak main...


Sementara tunggu n tak ader keja tu..

ambik gambar kaki masing2 yg cantik.. crocs..
Kaki Along, Acu, Daddy and Mummy... iyaz??????
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>


oo.. korang ingat korang jer pakai crocs.. tgk.. ader kaki kecik masuk sekali.. ahaha... comel jer..


dah nak start dah main bowling.. along 1st time nak main... cewah.. acu.. try2 bola mana nak baling n along n daddy sibuk pakai kasut.. ehehe...

Acu mulakan langkah pertama.. 8 Pin jatuh... cayalar acu...

2nd... Along plak.. walaupun along baling byk masuk longkang.. iyerlar 1st time main.. tapi ternganga semua orang ader sekali tu along strike.. cayalar along...

3rd person.. daddy plak baling.. ader gaya tu...

yg last sekali aku.. tak ader gambar aku.. ahahah... semua kat hp naim.. aku tak transfer lagi.. so tak aderlar gambar aku baling bola.. ahah...
Firaz main dgn bola bowling..

Along n Acu tgh tunggu turn nak baling.. tu peminat setia duduk depan skali.. ehehe...

Firaz dah boring duduk dlm stoller.. Daddy bawak jalan2..


at the end tgk saper memang??? ahahah..

M..U..M..M..Y... mummy yg menang..

abis main bowling.. bawak firaz naik benda alah nie kejap...

dah abis keta.. motor plak...


Nie budak sebelah firaz.. mengangis tapi mak dia paksa jugak naik.. ahhah...

On the way balik tu.. singgah sini beli aiskrim.. ker frozen yogurt... aku pirst time beli.. adik ipar aku ajar..ehehe.. paham2 jerlar aku niekan darat..

so nie hasilnya... aper aku tekan aku pun tak tau... belasah jerlar..
Malam tu.. main badminton kat jalan genting Klang.. syok wei main badminton.. dah lama aku tak main.. lepas gian.. firaz ikut sekali.. penat kejar dia jer... asyik nak jalan masuk court..
Pegi 5 orang.. masuk firaz 6 orang.. ehehe.. Along, Acu, Pak Uda, Daddy n Mummy..
Nie Pak Uda... layankan ajer aksi2 orang main badminton...



Tapi nie aku paling pelik.......

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?


tulis tangan kiri.. tadi main bowling tangan kiri (kalau korang perasanlar).. tapi main badminton tangan kanan.. ahahah...


frust..

aku ader template baru tuk blog aku nie.. tapi bila view kat ofis.. kena blocked.. hampeh tullar..

takper2 aku carik yg lain.. buat masa nie guna yg nie dulu..

Friday, March 18, 2011

Please be Alert...

Nie email yg aku copy from PDF.. sent by one of my friend..

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL )kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya dan dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.
Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM bertindak pantas dengan melaporkan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia apabila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah dipintas dan ditutup. Ini adalah merupakan cubaan kali ketiga untuk menipu pembayar cukai.
Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel
callcentre@hasil.gov.my.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my

marah.. ker nak senyum...

Marah ker?? pagi tadi memang marah.. marah kat satu user aku nie..memang aku hangin.. kalau dah Ca ya alif tu memanglar.. geram giler..
nie ayat aku nak kluarkan masa aku nak marah minah tu.. ayat dlm hati.. eheh.. tapi marah nie...

"wei minah.. ko ingat aku hadap sgt ker nak tgk muka ko.. aku turun pun sebab nak suruh bos ko sign aku punya sign off ducument jer tau.. kalau tak, tak hingin aku nak mengadap muka ko..

minah nie memang blur.. bila tanya aper dia buat pun dia tak tau.. pastu feeling mcm dia tu important sgt..

ni dialog aku dgn dia..(cewah.. siap bagi dialog)...

Aku: ******* , this is d document for ***** to sign..

Minah Senget: U just put there, i will go through and explain to my bos..

Aku: I give to u since last friday.. i assume u already read that report...

Minah Senget: i hav a lot of things to do.. not only this.. U get another person to sign off this document 1st, after that u came back for my bos to sign off.. 9 document nie kena ader 7 orang sign, 1 of them tu bos si minah senget nielar..)

Masa nie memang aku nak mencarut dah.. helloo.... ko ingat ko tu saper.. nak kena mengadap muka ko 2-3 kali.. aku memang bengang giler.. ko yg tak kasi bos ko review or discuss ker aper ker yg patut ko buat.. jgn nak suruh aku datang 2-3 kali.. ko ingat aku nie messanger... anta document jer keja aku..

aku pun ader keja lain jugak.. ko ingat aku suka ker tgk muka ko tu.. dahlar aku memang menyampah tgk muka ko.. tambah plak lagi dgn ko punya topi tu.. part nie memang aku tak paham.. kenaperlar kat ofis.. ko pakai skirt pendek, pakai kemeja cantik2.. pastu pakai topi.. alasan.. silau matahari.. aper punya alasan da... memang tak logic..

pada yg baca entry nie .. mintak maaf byk2 kalau ader bahasa aku yg kasar.. sebab aku punya tahap kesabaran memang dah max dah.. minah senget nie memang slalu buat aku hangin..

Wednesday, March 16, 2011

aku cuba..

Aku cuba nak update blog aku.. tapi aku punya tahap kemalasan aderlar pada tahap yg tertinggi skang nie..


Everytime mengadap pc nak update mesti rasa mengantok.. agaknya aku nie tak cukup tido agaknya... ahahah... pendek kata malas.. malas... malas.... waaaaaaaaaa.................................





Comel tak baby nie tido.. kalau nak tau aku tido comel mcm nielar (mesti kawan2 aku kutuk kaw2 nyer).. ahahah..






Tuesday, March 15, 2011

Pantun Jepun...

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Nie lawak pantun plak...

Sementara nak tunggu aku update blog.. nie aku bagi pantun lawak.. LAYANN...


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

lama tak update..

Lama tak update.. byk cerita sebenarnya.. tapi memang tak sempat... keja byk.. waaaaaa.... malam balik dah letih.. sebab skang nie firaz tido lambat... by the time tidokan dia.. aku pun dah tertido sekali... so takper2.. aku akan bekerja keras utk update blog aku.. eheheh...

Rumah aku pun dah tunggang langgang... kemas alar kadar jer.. sebab aku memang tak sempat.. + penat.. so insya allah mlm nie aku akan update blog aku k.. muahhaah(feeling mcm orang popular).. eheheh..

Tuesday, March 8, 2011

Layan kan ajer..

Disebabkan aku nie pada tahap kemalasan yg berganda nak update blog.. so aku bagilar korang baca citer2 lawak nie k.. so layan kan ajer..

SAKSI SERBA TAHU

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama seorang ibu tua.

Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?

Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,. .

Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?

Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya. .. "Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah... , " kata hakim

Lagi lawak sepagi..

MASALAH PENDENGARAN

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu.

Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi.

Kalau dia tidak juga dengar,dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.

Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.

Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama.

Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Lawak Sepagi..

Sebenarnya aku nak letak entry nie petang semalam.. nak letak title.. Lawak Sepetang.. tapi sebab aku tak sempat nak postkan petang semalam.. pagi nie baru nak post.. so jadilar lawak sepagi.. ok tak? penah dengar? eheheh...
TERLUPA MAKAN
Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????

Monday, March 7, 2011

Lunch with .....

Baru balik dari Lunch.. ingat nak pegi bukak akaun dgn naim.. tetiba server down plak kat KL Main.. so tak blehlar nak bukak akaun. naim dah on d way ke maybank dah.. so tukar plan.. pegi Lunch sama..

Friday, March 4, 2011

Tuesday, March 1, 2011

I-City..

Last Saturday.. pegi I-City, Shah Alam... sebab orang kata ader Snowalk kat sana.. kebetulan minggu nie Kak Lea n Ibu datang KL.. so abang ajak pegi I-City.... lama dah tak berkumpul ramai2.. last sekali masa kat A Famosa tullar.. pastu nie baru nak berkumpul balik... Sampai sana.. parking jer kena bayar 10 hengget.. masuk I-City tu free..

Turun jer dari parking.. this is d 1st view.. terus jer nampak pokok krimas nie.. tak taular dia memang tak cabut since krismas aritu sebab nak jimat budget tunggu sampai krismas tahun nie baru nak cabut ker atau memang trademark I-City.. tu aku tak sure.. tapi memang kalau sampai tu memang nampak pokok nie dulular..

Nie masa jalan2 .. penuh dgn lampu..

Nie view depan Snowalk..

nie kat kaunter tiket snowalk tu.. purpose ambik gambar nie??? tak tau....


Firaz excited giler tgk lampu2 tu semua.. tgk.. abis semua dia nak capai.. nasib baik daddy dia tinggi..kalau dgn aku.. harapanlar dia nak dapat pegang lampu tu semua.. ahahah..

nie muka anak2 buah aku yg excited nak masuk snowalk.. orang negeri sembilan cakap "jobo"..


Nie semua gambar2 masa kat dlm Snowalk tu.. tak dapat pegi "obersea".. masuk dlm nie pun jadilar.. dia punya pintu masuk tu pun mcm pintu freezer.. haha.. ko nak rasa sejuk mcm saljikan.. ambik ko.. masuk dlm freezer besar tu.. eheh..



Sejuk kat dlm tu.. about 5 degrees.. tgk kak idah dah berkelubung dah... x tahan sejuk.. iyerlar masing2 masuk mcm nak pegi shopping complex.. dgn pakai seliparnya.. x pakai stokin.. ambik ko mengeletar.. korang ingat korang ader ilmu kebal... huhu...

Ibu n Ayah..


Loving couple.. ko sedap2 peluk eh kak lea.. lupa anak2 ko.. dah berlari merata dah diaorang masa nie.. ahahah.. takper2 kita kasi can..



Budak2 nielar yg paling happy sekali.. sampai tak nak kluar..


Eiman dah mcm penguin dah aku tgk.. eheh.. comel....



Nie muka firaz kena selubung.. mata sampai dah tak nampak dah...



Daddy dukung firaz.. aku pelik jugak tgk firaz.. dia senyap jer.. tak sure dia pelik ker takut ker.. tapi dia memang senyap jer masa masuk tu..



nie view kat dlm snowalk tu..

Mummy ambik gambar dgn Firaz depan penguin..


Bulu2 tu kacau jer muka aku.. masa ambik gambar nie sebenarnya aku dok betulkan bulu tu jer.. tutup muka aku.. aku pusing jer skit kena bulu2 tu.. tapi utk ambik gambar.. aku tetap maintain.. ahaha...

The whole Family.. tapi sorang lagi tak ade.. abang edey.. sebab dia yg ambik gambar nie.. sorry jer abang edey..

Elegant Rose - Working In Background

HAKMILIK Fazila Shuhaimi
Designed by UMIESUEstudio 2014