Pagi tadi ibu cal aku.. suruh aku tgkkan halal ker tak vitamin yg slalu dia beli.. brand Blackmores and Seven Seas..
Sebagai anak yg patuh(cewah... padahal ibu dah suruh byk kali dah.. tapi aku lupa.. dah kena jerit baru nak pegi bukak.. ehehe).. aku pun pegilar bukak internet.. search utk halal products..
so nie aku punya find out.. aku share dgn korang k aper yg aku jumpa...
Soalan nie aku jumpa dlm JAKIM.. aku pastekan jerlar.. korang baca... x bleh nak print screen.. sebab musababnya aku tak sure kenaper tak bleh print screen.. so aku gigih lar pastekan utk korang baca..
Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai status halal produk-produk kesihatan seperti vitamin yang dijual di farmasi-farmasi Guardian dan lain-lain. Adakah produk-produk kesihatan berjenama seperti Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century mendapat kelulusan Halal dari JAKIM?
Beberapa jenis ubat yang dijual menyatakan yang kapsul yang digunakan adalah dari sumber gelatin lembu (bovine gelatine) terutamanya pada produk minyak ikan. Adakah ubat-ubatan ini halal?
Jawapan:
Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.
Tapi nie lain plak yg aku jumpa dlm website blackmores nie sendiri.. entah bila2 lar dia dapat halal aku tak sure...
Nie link dia.. http://www.blackmores.com.my/Advice/Faq.aspx
Is the bovine gelatine used in Blackmores supplements derived from halal source?
Answer:
Blackmores’ products encapsulated with bovine gelatine are certified halal by The Australian Federation of Islamic Council (AFIC), which is recognised by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Tapi so far, tak ader plak JAKIM bagitau ape2 yg halal dari brand2 import nie..
Bila dah bukak website JAKIM nie.. mcm2lar aku godek kat dlm tu.. so aku jumpa nie...
Tarikh Aduan :27/04/2009 - 00:53:42
Aduan :
adakah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Jawapan :
Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih
Tarikh Aduan :14/04/2009 - 15:49:50
Aduan :
AssalamualaikumSaya nak bertanya, adakah "JOHNNY�S RESTAURANT" disahkan HALAL 100% oleh Jakim, baik makanan dan juga minumanya.Ini kerana saya telah menyemak statusnya disini namun rekod tidak ditemui, malah saya pernah nampak restoran ini memaparkan status HALAL, jadi adakah sijil HALAL telah luput ataupun memang mereka tidak pernah memohon sijil HALAL.Rata-rata pengujung adalah Masyarakat Islam, dan jika ada logo HALAL walhal tidak HALAL maka ini telah dianggap menipu serta tidak sensitif terhadap masyarakat ISLAM.Sekian, terima kasih
Jawapan :
Waalaikumsalam.. Terima kasih kerana bertanya. Johhny's rest tidak pernah memohon halal dari JAKIM/HDC. Ternyata sijil halal yg dikeluarkan adalah datang dari badan islam yg kita tidak pernah iktiraf.Harap pengguna Islam tidak terpedaya dengan logo Halal restoran tersebut. Sekian Terima Kasih
Mesti korang dah cuak dah kan? takper2 korang baca nie.. aku bagi korang happy skit.. hehe..
Tarikh Aduan :26/04/2009 - 13:21:12
Aduan :
Assalamualaikum. just nak bertanya. di sinio ada kekeliruan dalam jawapan daripada aduan pengguna dalam web tuan. saya telah terbaca 1 aduan mengenai status sijil halal Starbuck.ada jawapan di page yg lain, jawapan nya telah mendapat sijil halal jakim, tapi bila terbaca page yg lain plak, kata dah dapat sijil pengesahan.yang mana 1 yang betul?tolong update untuk saya, kerana sekarang ni saya tengah membuat senarai semak tuk di edar pada muslimin2 lain.
Jawapan :
Waalaikumsalam.. unutuk sijil halal Starbuck, mereka telah memperoleh sijil halal dr HDC. Sila rujuk pada direktori halal (hdcgolbal.com)untuk pengesahan dgn lebih lanjut.
So aper lagi.. lepas nie blehlar hari2 'setabak' .. huhu..bankrup...
bila dah bukak website niekan.. macam2 lar jumpa kat dlm website tu.. so, aku suggest korang blehlar pegi kat website nie kalau korang rasa was2 nak pakai aper2 product... www.halal.com.my
hmm..thanks for your info.. but this entry created march last year.. at this time memang itular komen yg diberikan oleh JAKIM.. thanks again for your new info..
ReplyDeletevitamin century cmna?
ReplyDeletehttps://www.21stcentury.sg/index.php?main_page=popup_image_additional&pID=321&pic=0&products_image_large_additional=images/Halal+Certificate+2018.jpg&zenid=oebu449jrq135o13nlgtr1g6u2
ReplyDeletekordel's punya glucosamine halal x?
ReplyDelete