Baru2 nie aku ader dengar kat radio.. kebanyakan orang muda di negara kita menjadi bankrup disebabkan credit cards..
aku sendiri penah rasa syoknya dapat swipe credit cards.. dapat beli mcm2.. lagi best dapat beli benda yg mahal2.. wah.. orang lain tgk.. nampak kita mcm byk duit.. beli itu.. beli ini.. tapi sebenarnya.. atau hakikatnya kita tak mampu nak bayar pun.. aper yg kita dapat?? dapatlar kita berlagak kita byk duit dgn kawan2 or orang yg tgk kita... betul tak???.. pastu saper yg suffer??? kita jugak...aku dulu memang suka beli guna credit cards... sebab dapat point.. pastu lepas beli.. janji nie dgn diri sendiri.. dapat jer duit.. nak terus bayar penuh.. tapi dapat jer duit.. tetiba nak buat itular.. nak buat inilar.. tak bayar penuh.. bayar separuh jer.. bila semuanya separuh.. mcm orang kata.. skit2 lama2 jadi bukit.. so hutang dah jadi bukit.. pastu nak ratakan plak pakai cangkul karat.. memanglar tak rata2 bukit tu..(tinggi tak perumpaan aku).. ehehehe... tapi alhamdulillah aku skang bebas hutang credit cards... syukur tuhan cepat sedarkan aku... so pada kawan2 or saper2 yg baca blog aku nie.. henti2kanlar daripada guna credit cards.. bukan tak bleh guna.. boleh.. tapi guna dgn bijak.. jgn beban disebabkan credit cards.. aku sudah insaf dgn credit cards.. guna bila memerlukan.. n pastikan betul2 kita ader duit in advanced utk bayar balik.. satu lagi benda yg kita nak kena betulkan.. berbelanjalar ikut kemampuan.. maknanya.. kita berbelanja dgn duit yg kita ader sekarang.. bukan dgn duit yg akan kita dapat.. sebab semua tu akan mengundang kita pada hutang... sentiasa berbelanja dgn duit yg dah ader dlm tangan kita.. aku rasa tu aderlar salah satu cara utk kurangkan beban perbelanjaan kita.. kalau ader duit beli.. kalau tak ader duit senyap.. jgn sebab sales or takut benda tu abis ker.. kita jadi berhutang... no.. no.. no...ok nie ader beberaper tips utk mengawal perbelanjaan kita. harap2 ia membantu..TIP MENGURUSKAN KEWANGAN
Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita mengadaptasikan prinsip pengurusan kewangan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu' iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas' untuk mengadaptasikannya atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Tetap masih ramai yang tertanya-tanya apakah ‘konsep asas' dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Disini disertakan beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk diparktikkan oleh para pengguna:
TIP 1 : Menentukan Matlamat KewanganMatlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :1) menyambung pelajaran;
2) membeli sebuah rumah;
3) berkahwin;
4) berbulan madu;
5) perbelanjaan rumahtangga;
6) pendidikan anak-anak;
7) mengerjakan ibadah Haji;
8) perbelanjaan sewaktu persaraan;
dan banyak lagi!
Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.
TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.
TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan PerbelanjaanRamai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya.
Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.
TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum BerbelanjaKonsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :Pendapatan - Simpanan = Hutang + PerbelanjaanDan bukannya :Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.
TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)
Beli secara borong). Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket) yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan tersebut.
TIP 6 : Kad Kredit
Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.
TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!
Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.